Terma dan Syarat Penggunaan Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah
- Tempahan perlu dibuat secara atas talian dan penempah perlu hadir ke Pejabat Pengurusan Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah, dalam tempoh 14 hari. Tempahan hanya sah setelah penyewa menjelaskan kesemua bayaran sewa.
- Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berhak membatalkan sesuatu tempahan pada bila-bila masa sekiranya memerlukan penggunaan keseluruhan atau sebahagian bangunan Pusat Kegiatan Sukan Air untuk majlis rasmi kerajaan negeri pada tarikh atau masa tersebut.
- Penyewa hendaklah menjelaskan kesemua bayaran setelah menerima pengesahan tempahan daripada pihak Pengurusan PKSA selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh tempahan.
- Setelah kelulusan tempahan disahkan oleh pihak Pengurusan PKSA, penyewa hendaklah membuat pembayaran sewaan secara atas talian ke:
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
BANK : CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
NO. AKAUN : 80 - 0385724 - 7
RUJUKAN : SEWAAN PKSA
Cek atas nama "MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG"
ATAU
Wang Tunai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan segala bayaran hendaklah diserahkan di Tingkat 1, Unit Pentadbiran, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Uban, 11700, Pulau Pinang pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila dapatkan Resit Rasmi Bayaran.
- Bayaran melalui cek atas nama MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG dengan rujukan “Sewaan PKSA” ATAU secara Wang Tunai juga boleh dibuat dan segala bayaran hendaklah diserahkan di Pejabat Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 1, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor, Pulau Pinang pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila dapatkan Resit Rasmi Bayaran.
- Sekiranya penyewa membatalkan penyewaan kurang 7 hari dari tarikh tempahan dan bayaran sewa telahpun dibuat, pihak Pengurusan PKSA tidak akan mengembalikan semula bayaran tersebut dan kadar sewa adalah tertakluk kepada perubahan daripada masa ke semasa.
- Penyewa hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan sebelum mengadakan sesuatu acara yang memerlukan penyewa berbuat demikian.
- Penyewa adalah dikehendaki menunjukkan resit bayaran/surat kebenaran kepada Penyelia PKSA sebelum masuk menggunakan tempat-tempat yang disewa.
- Penyewa hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan keselamatan kesemua jemputannya terjamin. Sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku bersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan PKSA dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
- Sebarang kerosakan kepada tempat-tempat yang disewa termasuk perabut-perabut, peralatan sukan dan perkakas adalah menjadi tanggungjawab penyewa dan hendaklah diganti atau dibayar mengikut nilai semasa harga barangan tersebut. Pihak Pengurusan dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berhak menggunakan budi bicaranya bagi menetapkan jumlah nilai kerosakan tersebut.
- Penyewa hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan dan kehilangan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan PKSA dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
- Pihak Pengurusan PKSA dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat kerosakan mesin, kegagalan bekalan elektrik, kebakaran dan lain-lain kejadian semulajadi, yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan premis.
- Penyewa dilarang menampal atau melekat sebarang poster, handbill atau sebarang bentuk kenyataan di dinding, tiang atau cermin.
- Penyewa adalah tidak dibenarkan sama sekali mempamerkan poster-poster, patung/lembaga yang berunsurkan lucah dan botol-botol minuman keras/arak serta poster-poster lambang yang berkaitan dengan apa cara sekali pun.
- Penyewa dilarang sama sekali memasang apa-apa jua bendera/banner di sekeliling/dalam kawasan Pusat Kegiatan Sukan Air kecuali di dalam Dewan/Bilik yang ditempah sahaja.
- Penyewa bertanggungjawab memaklumkan kepada peserta/pengguna supaya TIDAK MEROKOK, BERMAIN MERCUN dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, POLISTERIN, BEG-BEG PLASTIK yang berisi minuman, dan sebagainya ke dalam Pusat Kegiatan Sukan Air.
- Penyewa bertanggungjawab memberitahu kepada peserta/pengguna supaya tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk ARAK DAN MINUMAN KERAS ke dalam Pusat Kegiatan Sukan Air.
- Penyewa atau katerer dilarang membuang sisa-sisa makanan ke dalam tandas, longkang, sinki dan di persekitaran kawasan PKSA.
- Bunyi Muzik dan sistem siaraya perlulah ditetapkan pada paras bunyi yang bersesuaian dan wajib dihentikan siarannya pada jam 9.00 malam agar tidak mengganggu awam sekitar perkarangan PKSA dan Tanjung Bungah.
- Penyelamat Kelemasan atau para petugas Pusat Kegiatan Sukan Air berhak menghentikan sebarang kegiatan/aktiviti lautan pada bila-bila masa tertakluk kepada keadaan cuaca, ombak, keadaan ketampakan atau tiupan angin mengikut amaran yang diperolehi /dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk tujuan keselamatan para pengguna/penyewa/pelatih/pelawat.
- Pemasangan 'Back Drop' hendaklah dilakukan dalam waktu yang ditempah dan hendaklah ditanggalkan selepas majlis/program tamat. Tidak dibenarkan memaku, menebuk lubang dan sebagainya pada dinding atau lantai dewan.
- Sebarang bentuk perubahan/susun atur, penggunaan peralatan termasuk perkakasan elektrik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak Pengurusan PKSA.
- Penyewa hendaklah memastikan bahawa jemputan tidak bertindak dengan apa cara sekali pun yang boleh menghalang laluan awam.
- Kain Pemidang (banner) mengenai sesuatu acara atau pertunjukan hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh pihak Pengurusan PKSA dan ianya hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia di atas kain tersebut dan lain-lain bahasa bolehlah ditulis di bawahnya. Kain Pemidang tersebut hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan.
- Penyewa dikehendaki membawa keluar semua peralatan/perkakasan penyewa/katerer pada hari yang sama selepas majlis/program tamat.
- Penyewa boleh menempah makanan dari katerer namun tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Penyewa/Katerer hendaklah sentiasa memastikan bahawa segala makanan dan minuman jamuan adalah HALAL. Arak dan minuman keras tidak dibenarkan.
- Katerer adalah diwajibkan menyediakan bekalan peralatan seperti pinggan-mangkuk dan cawan serta meja hidang yang mencukupi untuk majlis/program. ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBASUH SEBARANG PERALATAN DI TANDAS PKSA;
- Adalah menjadi tanggungjawab katerer untuk memastikan tempat buangan sampah atau plastik sampah disediakan secukupnya bagi membuang sisa-sisa makanan yang ada;
- Katerer adalah dilarang sama sekali membuang sisa cecair yang berminyak ke dalam longkang kompleks;
- Penggunaan POLISTERIN & BEG PLASTIK adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam PKSA;
- Adalah menjadi tanggungjawab katerer untuk memastikan tahap kebersihan tempat penyelenggaraan kerja-kerja katering serta penyediaan makanan/minuman sentiasa dijaga dan terjamin;
- Penyewa/katerer hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kawasan dan peralatan sewaan sepanjang majlis berlangsung tamat;
- Pihak katerer hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan dan kehilangan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan PKSA dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang; dan
- Pihak katerer bertanggungjawab memaklumkan kepada setiap petugas/kakitangannya supaya TIDAK MEROKOK dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, POLYSTERIN, BEG-BEG PLASTIK yang berisi minuman dan sebagainya ke dalam Pusat Kegiatan Sukan Air.
- Pihak katerer adalah bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan yang dibuat oleh penyewa dalam penyediaan dan penghantaran makanan dalam waktu yang ditetapkan.
- Semua penyewa / katerer hendaklah mematuhi syarat-syarat di atas. PELANGGARAN SYARAT-SYARAT DI ATAS BOLEH MENYEBABKAN PROGRAM/TEMPAHAN BERKENAAN DIBATALKAN SERTA MERTA. MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG BERHAK MENGARAHKAN PENGGUNA KELUAR DARI PREMIS TERSEBUT SEKIRANYA DIDAPATI SYARAT TERSEBUT DI ATAS TIDAK DIPATUHI.